Sunday, 21 August 2016

Braces :)

Assalamualaikum... dah lama rasa tak post dekat blog ni huhu. banyak yang aku nak update sebenarnya lagi lagi pasal vacation aku tapi tak menyempat lagi huhu. tapi sekarang ni aku nak cerita pasal BRACES aka PENDAKAP GIGI :)
 Aku baru je pakai braces ni 6 hari tapi excited nak cerita huhu.
Aku sebenarnya dari sekolah lagi teringin nak pakai benda ni. Tapi aku simpan sendiri je. Tak cerita kat org sgt huhu. Masa mula mula rasa nak pakai sbb kakak aku tegur aku. Dia kata kalau aku pakai braces mesti gigi aku lagi cantik. Time tu mmg lagi rasa nak pakai.
okay meh aku cerita satu per satu...

1) Kenapa aku nak pakai braces.
Gigi tak delah teruk sgt sampai selalu luka, tergigit, ke apa ke. cuma susunan tak beberapa cantik. Lagi lagi gigi atas tu. Dua gigi kapak tu terkeluar sikit dari landasan. Bila aku nak senyum mesti nampak gila. So sbb tu bila ambik gambar aku selalunya senyum tutup mulut haha. tapi bila check kat doktor dia kata gigi atas tak byk masalah, tapi gigi bawah yg byk crowding n senget2. haha. ok, lagi satu sbb aku nak pakai sbb mmg aku teringin nak pakai. Lantak la org tanya "buat apa nk pakai,gigi dah okay la apa la". well, gigi kita sendiri kan kita je yg apa yg tak kenanya. Pastu tgk org yang pakai braces ni comel comel je hehe.

 ni gambar gigi aku. nampak tak betapa buruknya haha. tapi alhamdulillah aku ada masalah susunan gigi je n takde masalah rahang.
haa cuba tgk gigi bawah yg berterabur tu.. haa perasan tak ada yg senget tu. gigi tu nanti akan dicabut huhu.

2) Kat mana aku buat dan berapa kosnya?
Aku buat dekat2 dengan kampung aku. Mula mula dulu pernah terpikir nak buat dekat kelantan dekat dengan tempat aku belajar. Tapi hasrat aku ni asyik tertangguh je sbb takde duit huhu. Lagi pun kalau buat kat kelantan aku takut aku dah habis belajar nanti tapi braces aku takleh bukak lg. Kan satu hal pulak pkir nak pergi sana utk appointment. Aku buat dekat slim river. Nama klinik tu Klinik pergigian rakyat. Doktor dia alhamdulillah perempuan. muda lak tu haha. kos aku buat braces kat situ tak mahal macam tempat lain. Aku buat 3k je. pastu bayar deposit 1k. n byr ansur time review nanti byr rm200, tp disebabkan aku student dia bg kelonggaran utk byr ansur tu boleh start dr rm50.

3) Proses pasang braces.
Proses aku pasang braces ni cepat pun. tak macam org lain. pelik jugak aku tp takpe lah yg penting urusan dah settle. Aku pergi appointment pada 9 ogos 2016 then doktor tu check gigi aku. Masa tu lah dia tanya aku nak pakai atas bawah ke apa ke. Time tu doktor tu tanya dah nak pasang hari ni ke? haha pelik jugak aku. aku cakap tak kot. lagipun duit tak keluar lg hehe. lepas tu time tu jugak dia cuci gigi aku aka scalling n polishing. Time scalling gigi tu tak sakit pun cuma ngilu sikit lah. Pastu aku set appointment utk pasang braces terus minggu depannya. Aku tanya doktor gigi aku takde yg kena cabut ke? Dia kata dia akan pasang braces dulu n bg gigi align dulu baru cabut gigi. Dia kata tapi nampak gigi aku mcm tak perlu cabut. Lega aku dengar huhu.
Haa pastu pd 17 ogos 2016 pun aku dtg ke klinik tu dgn penuh excited + nervous huhu. Time aku dtg tu dah ada org tgh tunggu. Doktor pulak lambat dtg setengah jamm. hmm lagi lama lah tunggu. Daripada appointment aku pkul 10 pagi jd pkul 11.15 cm tu. lama aku tunggu. Sambil aku tunggu tu nurse panggil aku utk pilih warna getah dulu. Aku dah survey awal2 kat rumah nk pakai warna apa haha. Aku pilih colour silver sbb taknak nampak striking mula2 pakai ni. Dah appointment nanti baru pilih colourful sikit. Pastu time pasang tu, doktor tak letak pon  benda yg utk bg nganga tu apa ntah namanya tp korang phm kot kalau aku ckp hahaha. Dia just suruh aku nganga then dia pasang. Sebelum dia pasang dia polish gigi sekali huhu. huu rasa gigi bersih gila haha. Masa pasang tu doktor bgtahu yg gigi aku yg senget tu nanti kena cabut. Sbb mmg tak boleh nak pasang bracket n lgpun nk bg ruang sama kt gigi bawah tu. sobs huhu. Tp kira ok la dr org lain kena cabut 4 btg hoho
haa ni time baru pasang bracket. Menyempat lagi ambik gambar sbb time tu doktor pergi bilik rawatan lain buat servis utk customer lain sekejap sbb ramai pulak dtg time tu. Busy benau doktor huhu. Masa ni dah rasa susah nk tutup mulut huhu.

Tada... ni after dah siap pasang. haa time pasang ni mmg rasa lain giler lah. Rasa susah nak tutup mulut, susah nak bercakap asyik nak tersembur air liur je, asyik melekat je bracket dgn mulut yg kering tu huhu. Pastu susah nak makan asyik melekat je celah tu. kalau melekat mmg nampak giler lah. mmg kena gosok gigi selalu. Aku selalunya gosok gigi paling kurang 4 kali sehari( setakat ni lah) hahah. Apa yg penting utk pemakai braces ni adalah ortho brush, interdental brush, mouth wash, n floss. penjagaan gigi sgt penting. kalau korang pemalas nk jaga n cuci tapi nk pakai braces, lupakan la hasrat korang.

4) Sakit tak pakai braces?
Masa baru lepas pakai tu balik balik aku tgk mak aku dh masakkan bubur haha. Aku makan jelah. Then petang boleh makan jagung. tp xdelah aku gigit batang jagung tu, aku kopek la dia huhu. Time tu tak sakit lagi lah. cuma rasa mulut berat n lenguh.
hari kedua seronok aku makan nasi lemak pagi tu tau.mmg tak sakit cuma makan dalam sejam weh. punya ambik masa nk mengunyah haha. tp sayur2 keras mcm timun tu mmg tak boleh la huhu. dah la favourite aku. Masuk hari ketiga aku dah rasa ngilu gigi ni. Bila nk mngunyah lak gigi asyik bertembung sesama depa. time tu mmg sakit gila wehhh. Tak kunyah sgt. byk telan je huhu. Hari keempat pulak gigi aku dah rasa bergoyang. Time tu mmg payah gila nk mengunyah. Orang kata gigi goyang tu benda biasa sbb tu proses utk gigi bergerak. huu korang bygkan bila gigi goyang mmg dia tak kuat utk digigit lah T.T. Tapi gigi aku sakit aku still makan nasi, takde dah bubur. Lantak lah haha. Cuma aku kunyah dgn berhati hatinya haha. Time ni aku tgk cermin nampak gusi aku bengkak. Gusi dr colour merah jd mcm pucat putih2. sakit sobs. Tapi sakitnya tak mengganggu kerja lain lah. Time makan jelah sakit, waktu lain okay je.
Aku nak nk bg sikit petua utk siapa2 lepas ni nk pakai braces, korang boleh minum air suam tiap kali lepas makan, sbb lepas makan gigi rasa sakit n ngilu. Tiap kali aku minum air suam aku rasa ngilu tu takde dah. n lepas tu aku kumur2 dgn air garam utk kurangkn rasa ngilu n gusi bengkak. alhamdulillah berkesan. Mmg 2 benda ni sgt membantu.

Akhir kata aku tak menyesal pun pakai braces ni walaupun skrg hari ke-6 ni still sakit haha. Its my choice. Beauty is pain kan. I still can control it. Bersusah susah dulu bersenang kemudian.
Nah share gambar masa sebelum pasang n selepas haha.



terima kasih menjenguk blog saya!

Sunday, 5 July 2015

Ramadhan 2015

Assalamualaikum. Lama tak tulis. Saja je nak tulis. Hee. Bersyukur dah habis tahun 2 di UMK. Maksudnya dua tahun dah la aku belajar. Well, walaupun lama lagi nak habis bagi aku sebenarnya kejap je kalau kita tak sedar kan.

Alhamdulillah result sem lepas dekan. Sem ni tak tahu lah. Taknak mengharap sebab rasa hampa dgn carry mark n final hari tu. Tapi doa still akan ku lakukan haha. Inshaallah.

Sekarang ramadhan 2015 dah. Rasa mcm baru hari tu ramadhan. Ni masuk ramadhan lagi. Hahaha.
Tak tahu sebenarnya nak tulis apa. Tapi rasa ramadhan kali ni mcm tak best sgt je. Entah la. Maybe raya pun sama kot.

Haa psal post aku kecewa hari tu nak buat pembetulan. Yg tu bukan boyfriend aku pun. Tolonglh jgn fikir bukan bukan haha. Kawan je. Biasa la kalau laki dgn prmpuan rapar kan msti akan ada salah seorang yg jd  suka kan? Haha. Well benda tu dah lepas. Aku lupa dah pun psl dia. Haha tipu. Ingat lah psl dia tapi tak suka dia lagi dah. Nak cari yg baru. Biarlah org yg lebih suka kan kita dulu kan. Nak cari org yg nak kat aku. Inshallah kalau dia baik aku terima je. Hahahaha

Tapi takpe yg penting belajar dlu. Sekarang ni aku dah ada baby baru tau!! Nak tahu apa? Haha malas nak tunjuk tapi benci tau baby lama buat hal. Lenovo vibe x I buat hal so I beli la Ipongg hahaha. Ipong apa rahsia lah wehh. Yg penting latest tau haha.

Okay lah. Tak tahu nak cakap apa. Selamat berpuasa semua. Jgn lupa tambahkan amalan okayy :)



terima kasih menjenguk blog saya!

Tuesday, 24 February 2015

Al-fatihah Atok saidin :')

Assalamualaikum....

Al-fatihah utk atok saidin. Atok yg jaga aku masa aku kecil atau lebih senang org panggil pengasuh. Masa aku kecil dulu ada dua org suami isteri yg jaga aku. Aku gelar diorang opah n atok. Lagi pun aku mmg tak pernah merasa ada opah n atok kan :) tak pernah merasa ada atok. Cuma ada nenek je. Itu pun aku tak pernah rasa mcm ada nenek. Nenek aku sgt pilih kasih. Aku tak pernah rasa kasih syg dia. Dia lebihkan cucu2 yg lain. Cucu2 dari adik beradik abah aku yg lain. Aku bukan nak kutuk dia kat sini tapi benda ni benda betul. Sedangkan mak dgn abah pun selalu diselisihkan dgn dia. Tak pela. Yg penting aku ada atok n opah :) walaupun diorang bukan atok n opah kandung.

Opah n atok jaga aku dari lahir sampailah aku dah nak masuk tadika. Lama kan :) mana lah aku tak syg diorang kan. Family diorang pun dah rapat dgn aku. Lagi2 cucu dia yg aku panggil abg wan. Tua setahun je dari aku. Selalu main dgn aku. Tapi bila dah besar jumpa dia malu la kan haha. Lepas aku dah masuk sekolah tu ada lah jugak kadang kadang jumpa dia. Tapi lepas aku darjah enam aku pindah dr felda tu aku dah jarang dpt jumpa atok n opah. Jumpa pun setahun sekali bila hari raya sebab aku pegi beraya rumah dia.

Bila aku dah meningkat dewasa ni. Atok ada sakit. Aku tak sure sakit apa. Tapi sebelum tu aku byk sgt dengar kabar angin org cakap buruk pasal dia. Aku malas nak mention benda apa dia buat. Tapi aku tak tahu nak percaya kabar angin tu ke tak. Yg aku tahu aku syg atok. Dia selalu beli kan aku jajan masa dulu. Hahah :')

Tak lama lepas tu sakit atok jadi makin teruk. Dia mcm jadi sedikit nyanyuk. Aku pegi rumah dia pun dia dah tak kenal aku :'(
Yg paling sedih aku tgk keadaan opah. Opah jadi sakit n kurus gila nak menjaga atok. Tgk rupa opah pun tahu opah menderita :'(

And sekarang atuk dah ada bersama Allah :') ya Allah tak kira besar mana dosa. Kau ampun lah dosa dia sebagai mana dia telah jaga aku masa aku kecil :'(

Haih I don't know why I so sad :'(
Walaupun tak byk air mata mengalir tapi aku asyik teringat kenangan2 dgn atok dulu. Kau panjangkan lah umur opah ya Allah. I miss her :'(
terima kasih menjenguk blog saya!

Friday, 26 December 2014

The worst flood ever in Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Aku tak tahu nak gambarkan mcm mana perasaan aku. Allah saja yg tahu. Alhamdulillah mujur aku tak terlibat dalam banjir tu.

Mula mula aku plan tak nak balik rumah study week ni. Aku ingat nak study kat UMK je. Padahal kat rumah ada kenduri aqiqah. Aku keraskan diri taknak balik. Aku cakap kat mak aku "Mak, tak balik la kenduri tu, final exam nak dekat. Sorry sgt."
and then mak aku ckp "Ohh yeke,tak ada lah org nak tolong2, mak pun dah tempah kambing golek byk ni. Tapi tak dpt balik tak apa lah".

Tak lama lepas tu aku fikir. Kesian pulak. Kat rumah pun kakak2 n abg semua balik lambat tak ada org nak tolong. Kebetulan housemate2 aku ramai balik rumah depa study week. Aku pun fikir takpelah kalau aku pun balik. Tapi aku balik sekejap je. Aku study dlu bbrapa hari kat UMK pastu baru aku balik Rumah. Tiket balik kelantan pun dah beli.

Tetapi satu kejadian yg tak diingini berlaku. Tak ada jalan darat utk aku balik kelantan. Jalan gerik runtuh. Jalan lain penuh dgn banjir. Kat kelantan pun banjir teruk. Aku fikir nak balik naik flight. Beberapa lepas tu aku dgr cerita airport pon air naik n nak tutup. UMK naik air teruk. Bdk2 junior yg tinggal kat asrama situ terpaksa pindah kat UMK kampus bachok. Kesian sgt aku dgr ya Allah :'(
Exam yg sepatutnya pd minggu tu di postpone bbrapa hari kemudian. But bila kejadian dah jadi mcm tu dia postpone lagi  Ya Allah walaupun aku tak ada kat situ tapi aku dpt rasa derita yg diorang rasa. Habis kampus kitorang kena banjir teruk ni. Hujan dah berhenti pun air sg. Kelantan melimpah byk.
Aku rasa bersyukur sgt sebab aku sempat balik rumah. Kalau tak mmg aku habis kat kelantan terkandas.
Sekarang ni yg aku risau kawan2 aku kat kelantan. Walaupun rumah kitorang yg kitorang dduk tu tak banjir tp dgr cerita bakal banjir.
Aku yakin ada hikmah disebalik semua ni. Aku hanya harap yg terbaik.

Ni gambar kampus masa baru nak start banjir.



Ni pulak gambar masa banjir dah makin teruk n diorang semua kena pindah ke kampus bachok. Alhamdulillah semua selamat.

Akibat dari banjir yg teruk exam kitorang dipostpone lagi. Cuti semester kitorang diawalkan dari 28 disember sampai 24 januari. Exam kitorang pulak start 26 januari. Maksudnya lepas kitorang habis exam nanti start start daftar semester baru dah. Dengar sadis kan cuti sikit? Hmm nak buat cm mana. Asalkan semua selamat :)

Ni post aku kat group fb utk kata kata semangat kat diorang haha. Saja gedik. Aku tahu walaupun aku selalu kutuk UMK tapi aku sayangggggg sgt UMK!! Hehe. UMK tempat aku menuntut ilmu kan. Sapa tak syg dah 3 sem aku study situ :')




terima kasih menjenguk blog saya!

Sunday, 21 December 2014

Hambar :'D


Well, study week kali ni sgt hambar bagi aku sbb aku study kat rumah. Bukan keinginanku tapi terpaksa balik rumah sbb ada kenduri aqiqah noah.
Lagi satu sudah menjadi kebiasaan aku utk study bersama sama kawan. Hahaha
Tapi kali ni sorang sorang. Hmmm layan nescafe sambil tu kalau tak ngantuk nak stayup :)




terima kasih menjenguk blog saya!

Friday, 19 December 2014

My GTS ( GREAT TEACHER SHAHEED)

Rasanya ni lah kelas bi yg paling happening sepanjang aku belajar degree ni. Dah 3 kali ambik subjek bi yg ni paling best. Hahahha mungkin sebab lecturer nya kot. Eh? Yeke? Sebab apa? Sbb dia hensem kot. Hihihi. Hahaha tapi bukan tu je. Sbb dia sgt huha huha. Ahaha. Dia sgt aktif ajar kitorang. Dalam kelas mcm mcm kitorang buat. Main game pun ada.

Eh lupa nak perkenalkan. Nama dia shaheed. Haaa dia ni org dari Los Angeles tau. Orang US. Ahaha kenapa nama dia shaheed? Sbb dia islam :)

Yang paling best dalam kelas tu semua org takut dgn dia sbb dia cam semua student dia tau. Ahhaha. Lagi lagi aku. Dia ingat pulak nama aku. Tak habis habis dok panggil syafiqa dalam kelas.


Pastu dia ni punya la baik asyik belanja kitorang je. Kejap belanja itu kejap belanja ini. Tak tahu banyak mana duit dia. Hahaha.



Ni semua gambar masa kitorang buat surprise party utk dia. Hahaha. Masa dia berucap tu sedih gila ayat dia. " you will always in my heart". Hahaha sebak beb dengar. We will miss you sir! Thanks for the great memories.

Gambar selfie dgn sir :)

Yang ni pulak gambar masa language night :) sir hensem sgt time ni :D hahahaha. Thank you sir
terima kasih menjenguk blog saya!

Sunday, 13 July 2014

I already finished my First Year in UMK :) :D

Yeahhhhhhh I had finished my first year in UMK :)))) dengar mcm best kan? tapi sebenarnya lagi 3 tahun lagi nak habiskan degree ni..urrghhhh...sabar fiqa..sabar demi menuntut ilmu..huhhhhhh

Tapi mmg rasa masa cepat berlalu. Byak sgt dugaan belajar kat UMK tu..kitorang tak mcm u lain yg lengkap dgn kemudahan n infrastruktur...tak ada air la...tak cukup kelas la...exam kat luar dari u la...sedihhh sangat :(((((
tapi takpa..demi belajar aku relakan jugak..hahahaha
Kena bersyukur sebab kat luar tu ramai lg yg tak dpt smbung belajar...yeahhhh chaiyokkkk fiqa!!!!
sekarang ni tgh tunggu result sem 2 je lagi...result sem 1 cukup2 makan je lepas 3 pointer...hopefully sgt result sem 2 ni pointer menaik n kalau boleh nak sgt dean list..please :')))
Insyaallah.


Haaa ni gambar2 aku n rakan2 seperjuangan,rakan2 gigih, rakan2 gila2 n mcm2 lagi lah hahaha.Love you all

                                                     ni gambar lepas prank birthday shera..hehe

                                                    ni pulak time program dgn kanak2 sepastik ;)

                                                 With fifa n dila masa hari korporat..haha

              Fifa, org yg selalu ada dgn aku kat mana2 pun..yg paling rapat n yg paling                                                     memahami aku ;)

                                          With dila n wani masa keluar kat tanah merah.

                                          with fifa again...kami mmg suka selfie...heeee

                                          ni masa teman dila keluar..kb mall...uuuuu kalau nak tau dia ni
                                          la ketua gigih..haha

                                         selfie dgn fifa,wani n shera lepas kelas last BI...
terima kasih menjenguk blog saya!