Sunday, 21 August 2016

Braces :)

Assalamualaikum... dah lama rasa tak post dekat blog ni huhu. banyak yang aku nak update sebenarnya lagi lagi pasal vacation aku tapi tak menyempat lagi huhu. tapi sekarang ni aku nak cerita pasal BRACES aka PENDAKAP GIGI :)
 Aku baru je pakai braces ni 6 hari tapi excited nak cerita huhu.
Aku sebenarnya dari sekolah lagi teringin nak pakai benda ni. Tapi aku simpan sendiri je. Tak cerita kat org sgt huhu. Masa mula mula rasa nak pakai sbb kakak aku tegur aku. Dia kata kalau aku pakai braces mesti gigi aku lagi cantik. Time tu mmg lagi rasa nak pakai.
okay meh aku cerita satu per satu...

1) Kenapa aku nak pakai braces.
Gigi tak delah teruk sgt sampai selalu luka, tergigit, ke apa ke. cuma susunan tak beberapa cantik. Lagi lagi gigi atas tu. Dua gigi kapak tu terkeluar sikit dari landasan. Bila aku nak senyum mesti nampak gila. So sbb tu bila ambik gambar aku selalunya senyum tutup mulut haha. tapi bila check kat doktor dia kata gigi atas tak byk masalah, tapi gigi bawah yg byk crowding n senget2. haha. ok, lagi satu sbb aku nak pakai sbb mmg aku teringin nak pakai. Lantak la org tanya "buat apa nk pakai,gigi dah okay la apa la". well, gigi kita sendiri kan kita je yg apa yg tak kenanya. Pastu tgk org yang pakai braces ni comel comel je hehe.

 ni gambar gigi aku. nampak tak betapa buruknya haha. tapi alhamdulillah aku ada masalah susunan gigi je n takde masalah rahang.
haa cuba tgk gigi bawah yg berterabur tu.. haa perasan tak ada yg senget tu. gigi tu nanti akan dicabut huhu.

2) Kat mana aku buat dan berapa kosnya?
Aku buat dekat2 dengan kampung aku. Mula mula dulu pernah terpikir nak buat dekat kelantan dekat dengan tempat aku belajar. Tapi hasrat aku ni asyik tertangguh je sbb takde duit huhu. Lagi pun kalau buat kat kelantan aku takut aku dah habis belajar nanti tapi braces aku takleh bukak lg. Kan satu hal pulak pkir nak pergi sana utk appointment. Aku buat dekat slim river. Nama klinik tu Klinik pergigian rakyat. Doktor dia alhamdulillah perempuan. muda lak tu haha. kos aku buat braces kat situ tak mahal macam tempat lain. Aku buat 3k je. pastu bayar deposit 1k. n byr ansur time review nanti byr rm200, tp disebabkan aku student dia bg kelonggaran utk byr ansur tu boleh start dr rm50.

3) Proses pasang braces.
Proses aku pasang braces ni cepat pun. tak macam org lain. pelik jugak aku tp takpe lah yg penting urusan dah settle. Aku pergi appointment pada 9 ogos 2016 then doktor tu check gigi aku. Masa tu lah dia tanya aku nak pakai atas bawah ke apa ke. Time tu doktor tu tanya dah nak pasang hari ni ke? haha pelik jugak aku. aku cakap tak kot. lagipun duit tak keluar lg hehe. lepas tu time tu jugak dia cuci gigi aku aka scalling n polishing. Time scalling gigi tu tak sakit pun cuma ngilu sikit lah. Pastu aku set appointment utk pasang braces terus minggu depannya. Aku tanya doktor gigi aku takde yg kena cabut ke? Dia kata dia akan pasang braces dulu n bg gigi align dulu baru cabut gigi. Dia kata tapi nampak gigi aku mcm tak perlu cabut. Lega aku dengar huhu.
Haa pastu pd 17 ogos 2016 pun aku dtg ke klinik tu dgn penuh excited + nervous huhu. Time aku dtg tu dah ada org tgh tunggu. Doktor pulak lambat dtg setengah jamm. hmm lagi lama lah tunggu. Daripada appointment aku pkul 10 pagi jd pkul 11.15 cm tu. lama aku tunggu. Sambil aku tunggu tu nurse panggil aku utk pilih warna getah dulu. Aku dah survey awal2 kat rumah nk pakai warna apa haha. Aku pilih colour silver sbb taknak nampak striking mula2 pakai ni. Dah appointment nanti baru pilih colourful sikit. Pastu time pasang tu, doktor tak letak pon  benda yg utk bg nganga tu apa ntah namanya tp korang phm kot kalau aku ckp hahaha. Dia just suruh aku nganga then dia pasang. Sebelum dia pasang dia polish gigi sekali huhu. huu rasa gigi bersih gila haha. Masa pasang tu doktor bgtahu yg gigi aku yg senget tu nanti kena cabut. Sbb mmg tak boleh nak pasang bracket n lgpun nk bg ruang sama kt gigi bawah tu. sobs huhu. Tp kira ok la dr org lain kena cabut 4 btg hoho
haa ni time baru pasang bracket. Menyempat lagi ambik gambar sbb time tu doktor pergi bilik rawatan lain buat servis utk customer lain sekejap sbb ramai pulak dtg time tu. Busy benau doktor huhu. Masa ni dah rasa susah nk tutup mulut huhu.

Tada... ni after dah siap pasang. haa time pasang ni mmg rasa lain giler lah. Rasa susah nak tutup mulut, susah nak bercakap asyik nak tersembur air liur je, asyik melekat je bracket dgn mulut yg kering tu huhu. Pastu susah nak makan asyik melekat je celah tu. kalau melekat mmg nampak giler lah. mmg kena gosok gigi selalu. Aku selalunya gosok gigi paling kurang 4 kali sehari( setakat ni lah) hahah. Apa yg penting utk pemakai braces ni adalah ortho brush, interdental brush, mouth wash, n floss. penjagaan gigi sgt penting. kalau korang pemalas nk jaga n cuci tapi nk pakai braces, lupakan la hasrat korang.

4) Sakit tak pakai braces?
Masa baru lepas pakai tu balik balik aku tgk mak aku dh masakkan bubur haha. Aku makan jelah. Then petang boleh makan jagung. tp xdelah aku gigit batang jagung tu, aku kopek la dia huhu. Time tu tak sakit lagi lah. cuma rasa mulut berat n lenguh.
hari kedua seronok aku makan nasi lemak pagi tu tau.mmg tak sakit cuma makan dalam sejam weh. punya ambik masa nk mengunyah haha. tp sayur2 keras mcm timun tu mmg tak boleh la huhu. dah la favourite aku. Masuk hari ketiga aku dah rasa ngilu gigi ni. Bila nk mngunyah lak gigi asyik bertembung sesama depa. time tu mmg sakit gila wehhh. Tak kunyah sgt. byk telan je huhu. Hari keempat pulak gigi aku dah rasa bergoyang. Time tu mmg payah gila nk mengunyah. Orang kata gigi goyang tu benda biasa sbb tu proses utk gigi bergerak. huu korang bygkan bila gigi goyang mmg dia tak kuat utk digigit lah T.T. Tapi gigi aku sakit aku still makan nasi, takde dah bubur. Lantak lah haha. Cuma aku kunyah dgn berhati hatinya haha. Time ni aku tgk cermin nampak gusi aku bengkak. Gusi dr colour merah jd mcm pucat putih2. sakit sobs. Tapi sakitnya tak mengganggu kerja lain lah. Time makan jelah sakit, waktu lain okay je.
Aku nak nk bg sikit petua utk siapa2 lepas ni nk pakai braces, korang boleh minum air suam tiap kali lepas makan, sbb lepas makan gigi rasa sakit n ngilu. Tiap kali aku minum air suam aku rasa ngilu tu takde dah. n lepas tu aku kumur2 dgn air garam utk kurangkn rasa ngilu n gusi bengkak. alhamdulillah berkesan. Mmg 2 benda ni sgt membantu.

Akhir kata aku tak menyesal pun pakai braces ni walaupun skrg hari ke-6 ni still sakit haha. Its my choice. Beauty is pain kan. I still can control it. Bersusah susah dulu bersenang kemudian.
Nah share gambar masa sebelum pasang n selepas haha.



terima kasih menjenguk blog saya!