Tuesday, 24 February 2015

Al-fatihah Atok saidin :')

Assalamualaikum....

Al-fatihah utk atok saidin. Atok yg jaga aku masa aku kecil atau lebih senang org panggil pengasuh. Masa aku kecil dulu ada dua org suami isteri yg jaga aku. Aku gelar diorang opah n atok. Lagi pun aku mmg tak pernah merasa ada opah n atok kan :) tak pernah merasa ada atok. Cuma ada nenek je. Itu pun aku tak pernah rasa mcm ada nenek. Nenek aku sgt pilih kasih. Aku tak pernah rasa kasih syg dia. Dia lebihkan cucu2 yg lain. Cucu2 dari adik beradik abah aku yg lain. Aku bukan nak kutuk dia kat sini tapi benda ni benda betul. Sedangkan mak dgn abah pun selalu diselisihkan dgn dia. Tak pela. Yg penting aku ada atok n opah :) walaupun diorang bukan atok n opah kandung.

Opah n atok jaga aku dari lahir sampailah aku dah nak masuk tadika. Lama kan :) mana lah aku tak syg diorang kan. Family diorang pun dah rapat dgn aku. Lagi2 cucu dia yg aku panggil abg wan. Tua setahun je dari aku. Selalu main dgn aku. Tapi bila dah besar jumpa dia malu la kan haha. Lepas aku dah masuk sekolah tu ada lah jugak kadang kadang jumpa dia. Tapi lepas aku darjah enam aku pindah dr felda tu aku dah jarang dpt jumpa atok n opah. Jumpa pun setahun sekali bila hari raya sebab aku pegi beraya rumah dia.

Bila aku dah meningkat dewasa ni. Atok ada sakit. Aku tak sure sakit apa. Tapi sebelum tu aku byk sgt dengar kabar angin org cakap buruk pasal dia. Aku malas nak mention benda apa dia buat. Tapi aku tak tahu nak percaya kabar angin tu ke tak. Yg aku tahu aku syg atok. Dia selalu beli kan aku jajan masa dulu. Hahah :')

Tak lama lepas tu sakit atok jadi makin teruk. Dia mcm jadi sedikit nyanyuk. Aku pegi rumah dia pun dia dah tak kenal aku :'(
Yg paling sedih aku tgk keadaan opah. Opah jadi sakit n kurus gila nak menjaga atok. Tgk rupa opah pun tahu opah menderita :'(

And sekarang atuk dah ada bersama Allah :') ya Allah tak kira besar mana dosa. Kau ampun lah dosa dia sebagai mana dia telah jaga aku masa aku kecil :'(

Haih I don't know why I so sad :'(
Walaupun tak byk air mata mengalir tapi aku asyik teringat kenangan2 dgn atok dulu. Kau panjangkan lah umur opah ya Allah. I miss her :'(
terima kasih menjenguk blog saya!