Sunday, 5 July 2015

Ramadhan 2015

Assalamualaikum. Lama tak tulis. Saja je nak tulis. Hee. Bersyukur dah habis tahun 2 di UMK. Maksudnya dua tahun dah la aku belajar. Well, walaupun lama lagi nak habis bagi aku sebenarnya kejap je kalau kita tak sedar kan.

Alhamdulillah result sem lepas dekan. Sem ni tak tahu lah. Taknak mengharap sebab rasa hampa dgn carry mark n final hari tu. Tapi doa still akan ku lakukan haha. Inshaallah.

Sekarang ramadhan 2015 dah. Rasa mcm baru hari tu ramadhan. Ni masuk ramadhan lagi. Hahaha.
Tak tahu sebenarnya nak tulis apa. Tapi rasa ramadhan kali ni mcm tak best sgt je. Entah la. Maybe raya pun sama kot.

Haa psal post aku kecewa hari tu nak buat pembetulan. Yg tu bukan boyfriend aku pun. Tolonglh jgn fikir bukan bukan haha. Kawan je. Biasa la kalau laki dgn prmpuan rapar kan msti akan ada salah seorang yg jd  suka kan? Haha. Well benda tu dah lepas. Aku lupa dah pun psl dia. Haha tipu. Ingat lah psl dia tapi tak suka dia lagi dah. Nak cari yg baru. Biarlah org yg lebih suka kan kita dulu kan. Nak cari org yg nak kat aku. Inshallah kalau dia baik aku terima je. Hahahaha

Tapi takpe yg penting belajar dlu. Sekarang ni aku dah ada baby baru tau!! Nak tahu apa? Haha malas nak tunjuk tapi benci tau baby lama buat hal. Lenovo vibe x I buat hal so I beli la Ipongg hahaha. Ipong apa rahsia lah wehh. Yg penting latest tau haha.

Okay lah. Tak tahu nak cakap apa. Selamat berpuasa semua. Jgn lupa tambahkan amalan okayy :)



terima kasih menjenguk blog saya!

Tuesday, 24 February 2015

Al-fatihah Atok saidin :')

Assalamualaikum....

Al-fatihah utk atok saidin. Atok yg jaga aku masa aku kecil atau lebih senang org panggil pengasuh. Masa aku kecil dulu ada dua org suami isteri yg jaga aku. Aku gelar diorang opah n atok. Lagi pun aku mmg tak pernah merasa ada opah n atok kan :) tak pernah merasa ada atok. Cuma ada nenek je. Itu pun aku tak pernah rasa mcm ada nenek. Nenek aku sgt pilih kasih. Aku tak pernah rasa kasih syg dia. Dia lebihkan cucu2 yg lain. Cucu2 dari adik beradik abah aku yg lain. Aku bukan nak kutuk dia kat sini tapi benda ni benda betul. Sedangkan mak dgn abah pun selalu diselisihkan dgn dia. Tak pela. Yg penting aku ada atok n opah :) walaupun diorang bukan atok n opah kandung.

Opah n atok jaga aku dari lahir sampailah aku dah nak masuk tadika. Lama kan :) mana lah aku tak syg diorang kan. Family diorang pun dah rapat dgn aku. Lagi2 cucu dia yg aku panggil abg wan. Tua setahun je dari aku. Selalu main dgn aku. Tapi bila dah besar jumpa dia malu la kan haha. Lepas aku dah masuk sekolah tu ada lah jugak kadang kadang jumpa dia. Tapi lepas aku darjah enam aku pindah dr felda tu aku dah jarang dpt jumpa atok n opah. Jumpa pun setahun sekali bila hari raya sebab aku pegi beraya rumah dia.

Bila aku dah meningkat dewasa ni. Atok ada sakit. Aku tak sure sakit apa. Tapi sebelum tu aku byk sgt dengar kabar angin org cakap buruk pasal dia. Aku malas nak mention benda apa dia buat. Tapi aku tak tahu nak percaya kabar angin tu ke tak. Yg aku tahu aku syg atok. Dia selalu beli kan aku jajan masa dulu. Hahah :')

Tak lama lepas tu sakit atok jadi makin teruk. Dia mcm jadi sedikit nyanyuk. Aku pegi rumah dia pun dia dah tak kenal aku :'(
Yg paling sedih aku tgk keadaan opah. Opah jadi sakit n kurus gila nak menjaga atok. Tgk rupa opah pun tahu opah menderita :'(

And sekarang atuk dah ada bersama Allah :') ya Allah tak kira besar mana dosa. Kau ampun lah dosa dia sebagai mana dia telah jaga aku masa aku kecil :'(

Haih I don't know why I so sad :'(
Walaupun tak byk air mata mengalir tapi aku asyik teringat kenangan2 dgn atok dulu. Kau panjangkan lah umur opah ya Allah. I miss her :'(
terima kasih menjenguk blog saya!