Friday 26 December 2014

The worst flood ever in Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Aku tak tahu nak gambarkan mcm mana perasaan aku. Allah saja yg tahu. Alhamdulillah mujur aku tak terlibat dalam banjir tu.

Mula mula aku plan tak nak balik rumah study week ni. Aku ingat nak study kat UMK je. Padahal kat rumah ada kenduri aqiqah. Aku keraskan diri taknak balik. Aku cakap kat mak aku "Mak, tak balik la kenduri tu, final exam nak dekat. Sorry sgt."
and then mak aku ckp "Ohh yeke,tak ada lah org nak tolong2, mak pun dah tempah kambing golek byk ni. Tapi tak dpt balik tak apa lah".

Tak lama lepas tu aku fikir. Kesian pulak. Kat rumah pun kakak2 n abg semua balik lambat tak ada org nak tolong. Kebetulan housemate2 aku ramai balik rumah depa study week. Aku pun fikir takpelah kalau aku pun balik. Tapi aku balik sekejap je. Aku study dlu bbrapa hari kat UMK pastu baru aku balik Rumah. Tiket balik kelantan pun dah beli.

Tetapi satu kejadian yg tak diingini berlaku. Tak ada jalan darat utk aku balik kelantan. Jalan gerik runtuh. Jalan lain penuh dgn banjir. Kat kelantan pun banjir teruk. Aku fikir nak balik naik flight. Beberapa lepas tu aku dgr cerita airport pon air naik n nak tutup. UMK naik air teruk. Bdk2 junior yg tinggal kat asrama situ terpaksa pindah kat UMK kampus bachok. Kesian sgt aku dgr ya Allah :'(
Exam yg sepatutnya pd minggu tu di postpone bbrapa hari kemudian. But bila kejadian dah jadi mcm tu dia postpone lagi  Ya Allah walaupun aku tak ada kat situ tapi aku dpt rasa derita yg diorang rasa. Habis kampus kitorang kena banjir teruk ni. Hujan dah berhenti pun air sg. Kelantan melimpah byk.
Aku rasa bersyukur sgt sebab aku sempat balik rumah. Kalau tak mmg aku habis kat kelantan terkandas.
Sekarang ni yg aku risau kawan2 aku kat kelantan. Walaupun rumah kitorang yg kitorang dduk tu tak banjir tp dgr cerita bakal banjir.
Aku yakin ada hikmah disebalik semua ni. Aku hanya harap yg terbaik.

Ni gambar kampus masa baru nak start banjir.



Ni pulak gambar masa banjir dah makin teruk n diorang semua kena pindah ke kampus bachok. Alhamdulillah semua selamat.

Akibat dari banjir yg teruk exam kitorang dipostpone lagi. Cuti semester kitorang diawalkan dari 28 disember sampai 24 januari. Exam kitorang pulak start 26 januari. Maksudnya lepas kitorang habis exam nanti start start daftar semester baru dah. Dengar sadis kan cuti sikit? Hmm nak buat cm mana. Asalkan semua selamat :)

Ni post aku kat group fb utk kata kata semangat kat diorang haha. Saja gedik. Aku tahu walaupun aku selalu kutuk UMK tapi aku sayangggggg sgt UMK!! Hehe. UMK tempat aku menuntut ilmu kan. Sapa tak syg dah 3 sem aku study situ :')




terima kasih menjenguk blog saya!

No comments:

Post a Comment